Kisah si Tudung

Bismillahirrahmanirrahim . Assalammualaikum . Alhamdulillah , dah puasa ke berapa harini kita ? 15 kan . Alhamdulillah , Allah panjangkan umur kita lagi untuk perbaiki segala kelemahan kita . topik atas tuu macam menarik bukan . rugi bagi siapa yang tak luangkan masa untuk beberapa minit membacanya . hikhik :D
saya nak kongsi cerita sikit pada kalian . tak panjang mana pon . heeeeee 

# gambar di atas takda kene mengena ya . 

mengenai kisah Si Tudung . semoga bermanfaat :)
si tudung ini merupakan seorang remaja yang sering mencari apa itu erti hidup seorang remaja . dia mula memakai tudung sejak dia akil baligh lagi . bagi dia , pakai tudung kerana takutkan Ayah dia . walaupun dia bertudung , itu bukan satu penghalang untuk dia bergembira . satu demi satu benda dia cuba . seperti remaja lain , semua benda nak dicuba . kalau bab cinta . dia lah nombor satu . COUPLE ? itu perkara biasa bagi dia . Hubungan di ikat selama 4 Tahun . katanya " couple je pun . bukan pegang-pegang " .

walaupun begitu . dalam hati dia masih mencari lelaki yang ingin membimbing dia . lelaki soleh , itu idamannya :) kalau bab solat . solatnya tunggang langgang . bacaan pun mengalahkan budak sekolah rendah . sangat cetek ilmu dia . belajar agama hanya asas . itupun yang di ajarkan di sekolah . pernah juga dia ingin berubah , tapi kerana kekasih menghalang , dia melupakan niat dia .walaupun jahil , dia masih mahu bezakan apa itu halal , apa itu haram . cuma , bagi dia couple itu satu keperluan . pernah juga dia menyatakan hasrat ingin berkhawin kerana terlampau cintakan kekasihnya . tapi , ibubapa melarang . katanya masih muda bagi dia untuk berkahwin kerana belum habis bersekolah . 

dia pon menamatkan SPM dengan cemerlang . kemudian sambung belajar di Peringkat Universiti . dia mendapat tawaran jauh daripada kekasihnya . sedih kerana tiada lagi teman . sedih kerana berjauhan . pergi si Tudung sambung belajar dengan hati yang sedih . setiap hari tidak putusa berhubungan dengan kekasih . 
sampai satu hari , mereka bergaduh kerana si Tudung menyatakan hasrat ingin berubah . dia ingin berubah kerana mereka berdua ingin mendirikan rumah tangga selepas si Tudung habis belajar . satu demi satu , kisah si Tudung diceritakan oleh kekasihnya . katanya " tak payah lah berubah , saya terima awak seadanya . awak tu bukan baik sangat pun . sama je macam saya . " si tudung berasa sangat sedih kerana ayah dia pernah menyatakan hasrat ." Papa nak ada anak papa semua jadi soleh dan solehah . kalau tak , papa rasa gagal menjadi seorang ayah :'( " .

si tudung bergaduh selama seminggu mengenai niat dia ingin berubah . akhirnya , putuslah hubungan yang bertahun lamanyaaaa . menangis si tudung semalaman kerana masalah itu , baru dia teringat untuk mengadu pada Allah . mengadulah dia pada Allah mengenai niatnya . terasa lapang di hatinya selepas itu . hidayah Allah SWT datang pada mereka yang mencari . pada keesokan harinya . si tudung membuat kerjanya seperti biasa . kehidupan sebagai pelajar penug dengan assignment . tertoleh dia memandang baju dan tudung-tudung dia yang sedang bergantungan di luar . katanya , " jarangnya tudung aku . mesti nampam rambut aku ". "keciknya baju aku . mesti nampak bentuk badan aku." menangis dia melihat pakaian dia . terus dipasang niat untuk membeli inner tudung . 

Rezeki si tudung . ada orang memberi hadiah kepada dia . betapa beruntungnya dia . terasa syukur atas nikmat yang kecil itu . petang itu juga . si tudung keluar membeli handsock dan stokin . " tangan dan kaki tu pun aurat . aku mesti tutup. " tudung yang sedia ada , tidak dibuang . tapi dilabuhkan menutupi dada . kalau jarang , inner tudung dipakai . 

bila ada orang nak berubah . mesti ada menghina , mencavi dan memandang pelik . itu yang dirasai si tudung . satu demi satu kawan si tudung meninggalkan dia . hidup dia tidak seperti dahulu lagi , lain sangat . dahulunya handphone tidak pernah lekang dengan SMS dan call . tapi sekarang , sunyi . hidup si tudung sunyi , hanya bertemankan telekung dan sejadah untuk dia mengadu pada Allah SWT . terasa sedih kawanya yang dulu berjanji sehidup semati , kini meninggalkan dia kerana niat dia ingin berubah . satu demi satu gambar dilihat . gambar bersama kawan-kawan , bersama kekasih , bersama keluarga . menangis si tudung keseorangan . bertemankan airmata sepanjang pernghijrahan dia .

dalam masa yang sama , dia tidak mahu kembali pada zaman jahiliyyah dia dahulu . bila dikenang kisah lama . terasa benci membuak di dada kerana tidak ingin jadi jahil seperti dahulu . si tudung melazimkan diri menghadiri majlis ilmu , mendengar ceramah di youtube dan berguru dengan ustazah di tempat belajar dia . bukan susah ingin berubah jadi baik . 

dan datangnya semula kekasih si tudung mencari untuk meraih cintanya kembali . sayang dan cinta mesih tersemat di hati . tapi kerana takut pada Allah SWT . si tudung kuatkan diri untuk menolak cinta itu . Allah SWT itu maha penyayang . si tudung mendapat sahabat baru satu demi satu di majlis ilmu yang dihadirinya :D
sahabat itulah yang memberi kata semangat , mendorong dia untuk terus kuat berubah ke jalan Allah .
tiba-tiba , terbuka hatinya untuk menelefon papanya , bergelinangan airmata mendengar papanya menagis kerana Anaknya sudah berubah . walaupun jauh , papanya sanggup datang ke tempat belajar si tudung untuk berjumpa dengan anaknya .

di peluk seerat-eratnya . menangislah anak beranak itu . dihulurkan tafsir Al-Quran kepada si tudung . pesan papanya " jadikan Al-Quran ini sahabat kamu setiap masa . In Shaa Allah kamu tak akan rasa sunyi . " papa balik dulu . semoga istiqomah sayang , papa sentiasa doakan kamu . dah lama papa menantikan saat ini . Alhamdulillah , Allah Masih beri papa peluang untuk lihat anak papa berubah ". 

semenjak dari itu , si tudung diduga dengan peibagai dugaan , tapi , tidak sedikit pun mematahkan semangat dia untuk terus berubah . di tanam dalam hati supaya sentiasa bersangka baik kepada Allah . setiap ujian , di sambut dengan tenang dan sabar :) semua orang kata , senang nak berubah , tapi hanya diri yang tahu betapa susahnya nak berperang dengan nafsu sendiri . 

Pesan si tudung kepada para Muslimah di luar sana . " berubahlah . jadilah mutiara yang bersinar , mahal dan susah untuk dimiliki . Hanya Golongan tertentu yang diizinkan Allah untuk memiliki kamu . Cinta itu Fitrah , tapi jangan salah gunakan cinta yang diberikan . tetapkan cinta pada Allah dahulu . kemudian Rasulullah SAW , barulah diakhiri dengan cinta kepada manusia . percayalah , couple bertahun tiada guna kerana tidak mendapat Redha Allah ". 

# Ketenangan hanya dikecapi apabila kamu meletakkan hati kamu hanya untuk Dia . Allah :')

Alhamdulillah , tamat sudah cerita si Tudung . lenguh dah jari jemari saya . cerita ini kisah benar . semoga bermanfaat pada semua :) nantikan cerita seterusnya :) hikhik , 

Salam Alaik :)

No comments:

Post a Comment

pssstttt ! dah bace kan ? jomm kutuk =.=